Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Memerangi Sindiket Scam Rentas Sempadan

Diterbitkan: 13 Oct 2025 1.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Dalam menghadapi ancaman jenayah siber dan sindiket penipuan antarabangsa yang semakin licik, Kerajaan MADANI melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh tindakan tegas dan strategik bagi melindungi rakyat serta memastikan keselamatan negara dalam dunia maya terpelihara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-memerangi-sindiket-scam-rentas-sempadan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:14 MYT
Dalam menghadapi ancaman jenayah siber dan sindiket penipuan antarabangsa yang semakin licik, Kerajaan MADANI melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh tindakan tegas dan strategik bagi melindungi rakyat serta memastikan keselamatan negara dalam dunia maya terpelihara.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalin kerjasama rentas sempadan dengan agensi penguat kuasa dari Singapura, Indonesia, China, Taiwan dan Australia. Sejak tahun 2022, sebanyak 13 operasi bersama telah dilaksanakan, membawa kepada penahanan 110 orang suspek yang terlibat dalam kegiatan scam rentas sempadan.

Di peringkat domestik, empat unit khas telah diwujudkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil bagi memperkukuh keupayaan PDRM dalam menangani jenayah siber secara menyeluruh iaitu Unit Siasatan Forensik Digital, Unit Police Cyber Investigation Response Centre, Unit National Scam Response Centre dan Unit Taktikal Siber.

Langkah bersepadu ini mencerminkan komitmen berterusan KDN dan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kesiapsiagaan keselamatan negara bukan hanya di sempadan fizikal tetapi turut merangkumi ruang digital yang semakin mencabar.

 
 
 
 



Posting Pilihan Memerangi Sindiket Scam Rentas Sempadan




Posting Pilihan Memerangi Sindiket Scam Rentas Sempadan

Posting Pilihan Memerangi Sindiket Scam Rentas Sempadan
ArtikelDiterbitkan 13 Oct 2025 1.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM