
Article
Posting Pilihan Mdn Sempurnakan Program Ihya Ramadan Pdrm Kontinjen Kedah Bersama Masyarakat 20260304
Kulim, 14 Februari 2026 – Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyempurnakan Program Ihya' Ramadan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ko...
Kulim, 14 Februari 2026 – Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyempurnakan Program Ihya' Ramadan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah bersama masyarakat yang berlangsung di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, di sini kelmarin.
Penganjuran program itu mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan PDRM dalam memperkukuh hubungan silaturahim, menyemai nilai kebersamaan serta menyantuni komuniti setempat, khususnya sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, Datuk Zulkifli Abidin, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato’ Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dan Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Baderulhisham Baharudin.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)