Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Mdn Rasmikan Program Citra Negara Kdn Sekolah Selamat Negeri Sembilan 2026

Published: 18 Jun 2026 3.06 AM Updated: 17 Sep 2026 2.37 PM
Seremban, 17 Jun 2026 – Menteri Dalam Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah merasmikan Program Citra Negara Kementerian Dalam Negeri (KDN): Sekolah Selamat Negeri Sembilan 2026 yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-mdn-rasmikan-program-citra-negara-kdn-sekolah-selamat-negeri-sembilan-2026
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:27 MYT
 
Seremban, 17 Jun 2026 – Menteri Dalam Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah merasmikan Program Citra Negara Kementerian Dalam Negeri (KDN): Sekolah Selamat Negeri Sembilan 2026 yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said, semalam.

Beliau diiringi Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Noor Hisam Nordin bersama barisan kepimpinan KDN serta agensi-agensi keselamatan di bawah kementerian tersebut.

Program yang melibatkan pelajar Tingkatan Enam dan warga sekolah itu bertujuan meningkatkan kesedaran serta kefahaman generasi muda mengenai peranan KDN dan agensi penguatkuasaan dalam memelihara keamanan, keselamatan dan kesejahteraan negara. Inisiatif ini turut menjadi platform untuk mendekatkan agensi keselamatan dengan masyarakat, khususnya golongan pelajar.

Sepanjang program, para peserta didedahkan dengan pelbagai isu keselamatan semasa termasuk jenayah siber, penipuan dalam talian (scammer), jenayah seksual, penyalahgunaan dadah serta perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi sesi perkongsian ilmu, pameran dan aktiviti interaktif yang disediakan oleh agensi-agensi di bawah KDN.

Sumber: Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) PDRM.

No photo description available.

May be an image of text

May be an image of dais and text that says '-40000 IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN @KONTINJENNEGERISEMBILAN NEGERI SEMBILAN อีน ۵ 品'

May be an image of text

May be an image of text
ArticlePublished 18 Jun 2026 3.06 AMUpdated 17 Sep 2026 2.37 PM