Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Mdn Hadir Ke Majlis Penerapan Nilai Nilai Murni Bersama Pdrm

Diterbitkan: 16 Jun 2024 10.07 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.08 PM
Ketibaan Datuk Seri Saifuddin Nasution telah disambut oleh Ketua Polis (KP) Pulau Pinang, CP Datuk Hamzah Hj. Ahmad bersama Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Chong Boo Khim.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-mdn-hadir-ke-majlis-penerapan-nilai-nilai-murni-bersama-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:21 MYT
Seberang Perai, 16 Jun 2024 - Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir ke Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertempat di Balai Polis Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan, di sini, pagi tadi.

Ketibaan Datuk Seri Saifuddin Nasution telah disambut oleh Ketua Polis (KP) Pulau Pinang, CP Datuk Hamzah Hj. Ahmad bersama Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Chong Boo Khim.

Program diadakan bertujuan untuk beramah mesra di samping menerapkan nilai-nilai murni dan mengeratkan silaturahim antara warga PDRM bersama pucuk pimpinan tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Dalam program diadakan beliau turut menyampaikan sumbangan dua ekor lembu ibadah korban kepada Ketua Balai Polis Sungai Bakap.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Datuk Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional), Dato’ Abdul Aziz Abdul Razak, Timbalan KP Pulau Pinang, DCP Dato’ Mohd Alwi Zainal Abidin, wakil-wakil jabatan dan agensi di bawah KDN, warga kerja kontinjen Pulau Pinang serta IPD Seberang Perai Selatan.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2024 10.07 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.08 PM