
Artikel
POSTING PILIHAN: MDN ADAKAN LAWATAN KERJA DI IPD KULAI
Kulai, 5 Februari 2022 - Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, Johor semalam.
Kulai, 5 Februari 2022 - Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, Johor semalam.
Kehadiran beliau telah disambut oleh Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, SAC Tuan Jalaludin Hamid.
Dalam lawatan kerja tersebut, Dato' Seri Hamzah telah mendengar taklimat berhubung keselamatan dan isu-isu semasa berkaitan IPD Kulai oleh Timbalan Ketua Polis Daerah, DSP Yusof Hj. Othman. Selain itu, beliau turut berkesempatan menyampaikan ucapan dan amanat kepada warga kerja IPD Kulai.
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Hj. Abdul Latiff Ahmad, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wira Hjh. Mas Ermieyati Samsudin, Ketua-ketua Jabatan dan para pegawai kanan.
Sumber: Polis Johor