
Artikel
Posting Pilihan Malaysia Sasar Tahap 1 Atau 2 Dalam Perangi Pemerdagangan Manusia Pengarah Jsj
George Town, 1 Mac 2022 - Malaysia kekal berdiri teguh dalam usaha memerangi isu pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran serta menyasarkan untuk mencapai...
George Town, 1 Mac 2022 - Malaysia kekal berdiri teguh dalam usaha memerangi isu pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran serta menyasarkan untuk mencapai kedudukan Tahap 1 atau Tahap 2 dalam memerangi jenayah tersebut.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato’ Sri Abdul Jalil Hassan berkata ketika ini dalam Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Malaysia berada di Tahap 3.
"Pendirian ini dibuktikan dengan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memerangi jenayah itu di negara ini dan memang kita berusaha nak letakkan usaha kita di Tahap 2 atau Tahap 1.
"Usaha untuk mencapai sasaran berkenaan akan dijalankan dengan kerjasama agensi di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Peguam Negara dan lain-lain agensi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau ditemui selepas merasmikan Persidangan Pendakwaan dan Penguatkuasaan Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) antara Jabatan Peguam Negara dan Agensi-agensi Penguatkuasaan Tahun 2022 yang turut dihadiri Setiausaha MAPO, Puan Syuhaida Abdul Wahab Zen serta Ketua Unit Jenayah Am dan Ketenteraman Awam Jabatan Peguam Negara, Dato’ Yusaini Amer Abdul Karim.
Sumber: PDRM Pulau Pinang dan BERNAMA