Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Majlis Perbarisan Khas Dan Amanat Pengarah Jabatan Kdnka

Published: 05 Mar 2024 2.57 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Majlis Perbarisan Khas dan Amanat Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM telah berlangsung di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur bersempena pertukaran CP Dato' Sri Hazani Ghazali sebagai Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-majlis-perbarisan-khas-dan-amanat-pengarah-jabatan-kdnka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:23 MYT
Kuala Lumpur, 5 Mac 2024 - Majlis Perbarisan Khas dan Amanat Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM telah berlangsung di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur bersempena pertukaran CP Dato' Sri Hazani Ghazali sebagai Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia, semalam.

Perbarisan Khas ini dianggotai oleh pelbagai elemen Jabatan (KDNKA) melibatkan kekuatan seramai 7 Pegawai Kanan Polis dan 226 Pegawai Rendah.

Dato' Sri Hazani Ghazali turut menzahirkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada seluruh warga Jabatan KDNKA atas kejayaan pada tahun 2023 dengan mencatat nilai rampasan sebanyak RM979.89 juta.

Dalam ucapannya juga, Beliau menyatakan "Training to Coop Current Situation" penting dalam menentukan hala tuju Jabatan KDNKA, di samping kerjasama yang erat, telah menjayakan setiap rangka kerja dalam memacu Jabatan KDNKA ke tahap yang terbaik.

Selamat maju jaya di tempat baharu dan selamat bertugas buat Dato’ Sri Hazani Ghazali.

Turut hadir, Barisan Timbalan Pengarah KDNKA, Pegawai dan Anggota pelbagai elemen Jabatan KDNKA.

Sumber: Pasukan Gerakan Udara - PGU PDRM

Pautan Video:
https://www.facebook.com/watch/?v=1085128359225758
ArticlePublished 05 Mar 2024 2.57 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM