
Posting Pilihan Lawatan Kerja Pengarah Jlt Ke Tapak Projek Pembangunan Marin Kampung Acheh
Manjung, 21 Februari 2020 - Lawatan kerja rasmi Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLT), CP Dato' Seri Rosli Abd Rahman ke tapak projek pembangunan Marin di Pangkalan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 telah disambut oleh Komander PPM, SAC Haji Mohd Yusoff Mamat, pagi tadi.
Dalam rangka lawatan kerja tersebut, Dato' Seri Rosli telah ditaklimatkan berkenaan status pembangunan projek RMK ke-12 iaitu pangkalan PPM dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di atas tapak seluas 203.6 hektar.
Turut hadir dalam sesi lawatan tersebut, Ketua Polis Perak, CP Dato' Razarudin Husain, Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Dalam Negeri, Dato' Hajah Rahmah Ramli dan Pengarah Penguatkuasaan dan Penyelarasan APMM, Laksamana Muda (Maritim) Dato' Zulkarnain Mohd Omar.
Sumber: Pasukan Polis Marin