
Article
Posting Pilihan Lawatan Kebajikan Pengarah Pengurusan
Johor Bahru, 13 Disember 2021 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas anggota Balai Polis Dato’ Onn, Ibu Pejabat...
Johor Bahru, 13 Disember 2021 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas anggota Balai Polis Dato’ Onn, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, Lans Koperal Mohamad Fadhirul Musa di perumahan polis, IPD Johor Bahru Utara, di sini, siang tadi.
Lawatan berkenaan sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan Pasukan atas khidmat bakti beliau yang sanggup mempertaruhkan nyawa mengejar penjenayah sehingga terlibat dalam kemalangan jalan raya pada November tahun lalu.
Turut hadir, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Pengurusan, Datin Hairiah Hj. Mohd Tahir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), DCP Tuan Hj. Azmi Adam dan Penolong Pengarah Pengurusan (Kebajikan), ACP Tuan Rusli Abas.
Sumber: Polis Johor


