Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Lans Koperal Patah Jari Diserang Sewaktu Bertugas

Diterbitkan: 15 Oct 2020 1.52 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bachok, 15 Oktober 2020 - Seorang anggota polis mengalami patah jari tangan selepas diserang sekumpulan lelaki ketika sedang menjalankan tugas sewaktu serbuan di sebuah kedai shisha di Lembah Sireh dekat Kota Bharu semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-lans-koperal-patah-jari-diserang-sewaktu-bertugas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:50 MYT

#PKPP #COVID-19

Bachok, 15 Oktober 2020 - Seorang anggota polis mengalami patah jari tangan selepas diserang sekumpulan lelaki ketika sedang menjalankan tugas sewaktu serbuan di sebuah kedai shisha di Lembah Sireh dekat Kota Bharu semalam.

Selain mangsa, Lans Koperal Tuan Hafizuddin Tuan Muhd. Sukadi, 21, seorang pegawai polis wanita, Inspektor N. Indrah turut luka di bahagian muka.

Kedua-dua mangsa mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

Ketua Polis Kelantan, DCP Tuan Shafien Mamat berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.15 malam ketika sepasukan pegawai dan anggotanya menyerbu sebuah premis sewaktu menjalankan Op Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Menurutnya, pihak polis berada di kedai berkenaan bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Kelantan dan penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu, Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Katanya, sewaktu menjalan operasi, mereka diserang oleh sekumpulan lelaki menggunakan botol kaca selain berlaku pergelutan dengan beberapa lelaki sehingga mereka bertindak mencakar dan menumbuk anggota polis.

“Selepas kejadian itu, polis menahan empat lelaki yang berusia antara 23 hingga 28 tahun dipercayai terlibat dalam kejadian itu untuk siasatan lanjut.

“Tiga lelaki itu ditahan di Kota Bharu, manakala seorang lagi di Machang dengan bantuan RELA dan MPKB-BRI. Kita juga sedang mengesan beberapa lagi suspek yang terlibat dalam kejadian itu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 353 dan 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Sumber: Kosmo Online dan Polis Kontinjen Kelantan

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 2 people, people standing
Image may contain: 2 people
Image may contain: 2 people
Image may contain: 1 person, standing and outdoor, text that says 'IHATE MONDAYS'
Image may contain: one or more people, people standing, wedding and suit
Image may contain: 5 people, people standing and suit
Image may contain: 2 people, people standing
Image may contain: 3 people, people sitting, tree, table and outdoor
Image may contain: one or more people and outdoor
ArtikelDiterbitkan 15 Oct 2020 1.52 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM