
Article
Posting Pilihan Lagak Superman Ketika Pulang Konvoi Makan Diri
Kuala Lumpur - Aksi 'superman' tiga samseng jalanan ketika pulang berkonvoi di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, mengundang padah selepas ditahan polis, pada Sa...
Kuala Lumpur - Aksi 'superman' tiga samseng jalanan ketika pulang berkonvoi di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, mengundang padah selepas ditahan polis, pada Sabtu.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, operasi sepasukan Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman mengesan kumpulan penunggang motosikal terbabit melakukan aksi melulu dan berbahaya.
"Mereka telah dibawa ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Dalam operasi berlainan, JSPT Bukit Aman turut menahan seorang penunggang motosikal di hadapan sebuah restoran di Semenyih, Selangor kira-kira jam 3.20 pagi Sabtu.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../lagak-superman-ketika...
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM