
Article
Posting Pilihan Kpn Tiba Di Ipk Sarawak Untuk Lawatan Kerja Rasmi
Ini juga merupakan kali pertama beliau turun ke Sarawak sebagai Ketua Polis Negara selepas dilantik pada awal bulan Mei lalu.
Kuching, 17 November 2021 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak untuk lawatan kerja rasmi dengan disambut oleh Pesuruhjaya Polis negeri, CP Dato' Aidi Ismail dan barisan kepimpinan Polis Sarawak.
Ini juga merupakan kali pertama beliau turun ke Sarawak sebagai Ketua Polis Negara selepas dilantik pada awal bulan Mei lalu.
Ketibaan beliau di perkarangan IPK Sarawak tadi telah disambut oleh pasukan Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion 11 Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am sebelum dibawa ke pejabat Dato' Aidi untuk menandatangani buku pelawat.
Sejurus itu, beliau dan rombongan telah diiringi ke Mes Pegawai Kanan untuk ditaklimatkan berkenaan dengan penugasan Polis Sarawak dalam menghadapi pilihan raya negeri serta Op Benteng oleh Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, IPK Sarawak, Superintenden Ismail Mahmood dan Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am, SAC Tuan Saini Bongkek.
Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Dato Mancha Ata, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Tuan Ruslan Khalid, Ketua Urus setia KPN (Perundangan), SAC Tuan Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dan Ketua-ketua Polis Daerah Kontinjen Sarawak.