Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Kpn Tekankan Aspek Penting Imarahkan Masjid An Nur

Diterbitkan: 14 Feb 2023 2.18 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Subang Jaya, 14 Februari 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Masjid An-Nur bersama warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 4 bagi menekankan aspek penting yang boleh mengimarahkan lagi rumah ibadat tersebut.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kpn-tekankan-aspek-penting-imarahkan-masjid-an-nur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:15 MYT
Subang Jaya, 14 Februari 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Masjid An-Nur bersama warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 4 bagi menekankan aspek penting yang boleh mengimarahkan lagi rumah ibadat tersebut.

Pertemuan hampir dua jam tadi berlangsung di Bilik Angsana, SMK USJ 4, di sini.
Tan Sri Acryl Sani yang juga Nazir Masjid An-Nur turut berdialog dan melontarkan buah fikiran dengan wakil masjid serta sekolah bagi mewujudkan pelbagai program kerohanian yang mampu menggalakkan lagi ahli kariah kawasan tersebut menunaikan solat fardhu secara berjemaah di masjid.

Yang turut hadir, Pengetua SMK USJ 4, Puan Marhani M. Haniff dan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat.

ArtikelDiterbitkan 14 Feb 2023 2.18 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM