
Artikel
Posting Pilihan Kpn Sembah Mengadap Dymm Tuanku Raja Perlis
Kangar, 30 September 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail sembah mengadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Perlis, Tuanku S...
Kangar, 30 September 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail sembah mengadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail bersama DYMM Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid di Wad Diraja, Hospital Tuanku Fauziah, di sini, petang tadi.
Sembah mengadap ke atas DYMM Tuanku merupakan yang pertama oleh beliau sejak dilantik sebagai KPN ke -15 pada 20 Jun lalu.
Terdahulu, Dato' Sri Hj. Mohd Khalid turut mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis bagi menyampaikan amanat dan beramah mesra dengan warga Pasukan.
Turut sembah mengadap tadi ialah Mufti Negeri Perlis, Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Polis (KP) Perlis, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Kamaruzaman Abdullah dan Timbalan KP negeri, SAC Mohd Ismail Ibrahim.
Sumber: Polis Perlis