
Artikel
Posting Pilihan Kpn Pengerusikan Taklimat Op Prn Johor
Johor Bahru, 27 Februari 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani mempengerusikan Taklimat Op Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor k...
Johor Bahru, 27 Februari 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani mempengerusikan Taklimat Op Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini semalam.
Taklimat yang disampaikan oleh Ketua Polis (KP) negeri, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat itu menyentuh mengenai kesiapsiagaan penugasan Polis Diraja Malaysia termasuk pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang PRN berlangsung.
Turut hadir ialah Pengarah Cawangan Khas, CP Dato’ Sri Zamri Yahya, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Hazani Ghazali, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Abdul Jalil Hassan, Timbalan KP Johor, DCP Khaw Kok Chin serta para pegawai kanan Kontinjen Johor.
Sumber: Polis Johor




