
Posting Pilihan Kpn Lawat Petugas Pdrm Dan Atm Di Lapangan
Klang, 22 Mac 2020 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador mengadakan lawatan semasa penugasan sekatan jalan raya oleh para petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di susur laluan keluar Majlis Perbandaran Klang, Jalan Jambatan Kota Klang, petang tadi.
Beliau telah ditaklimatkan oleh Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli mengenai penugasan semasa dan keadaan sepanjang tempoh arahan Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan.
Dalam masa sama, Tan Sri Abdul Hamid turut memberikan dorongan dan kata-kata semangat buat semua para petugas di lapangan.
Sumber: Polis Klang Selatan