Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Kpn Hadiri Sesi Taklimat Kkf Pdrm

Diterbitkan: 04 Oct 2023 1.00 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur 4 Oktober 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri sesi taklimat bagi pembangunan Kamus Kompetensi Fungsian (KKF) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Bilik Mesyuarat Utama KPN, di sini semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kpn-hadiri-sesi-taklimat-kkf-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:42 MYT
Kuala Lumpur 4 Oktober 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri sesi taklimat bagi pembangunan Kamus Kompetensi Fungsian (KKF) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Bilik Mesyuarat Utama KPN, di sini semalam.

Sesi taklimat yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/ Peperiksaan/ Kompetensi) Bukit Aman, SAC Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar itu bertujuan mendapatkan pengesahan daripada KPN sendiri selaku Ketua Skim Perkhidmatan PDRM.

Tan Sri Razarudin bersetuju memperaku 18 KKF yang telah dibangunkan oleh PDRM melalui 5 Bidang Utama Kepolisan.

Hadir sama, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim, barisan Timbalan Pengarah Pengurusan dan Ketua-ketua Penolong Pengarah Pengurusan.

Sumber: Jabatan Pengurusan PDRM
 
ArtikelDiterbitkan 04 Oct 2023 1.00 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM