
Posting Pilihan Kpn Hadir Sempena Lawatan Kerja Premier Sarawak Ke Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya
Kuching, 13 September 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menghadiri majlis sempena Lawatan Kerja Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg di Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya, Kuching pagi tadi.
Majlis berkenaan menyaksikan simbolik perasmian penyempurnaan kerja-kerja mengecat kompleks perumahan tersebut serta penyerahan kenderaan pacuan empat roda kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.
Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato’ Sri Hajah Fatimah Abdullah, Pengarah JSJN, CP Dato’ Hussien Omar Khan dan Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato’ Mancha Ata.
Seusai majlis, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid meluangkan masa mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Tabuan Jaya, diiringi Dato’ Mancha Ata dan disambut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu bersama Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sarawak, SAC Rizal Abd Rahman Sidek.
Sumber: Polis Sarawak