
Artikel
Posting Pilihan Kpn Hadir Program Media Engagement Mdn Bersama Pengamal Media
Putrajaya, 16 Februari 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani malam tadi menghadiri Program Media Engagement Menteri Dalam Ne...
Putrajaya, 16 Februari 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani malam tadi menghadiri Program Media Engagement Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang berlangsung di Mimosa by Lanai Asmara, Shaftsbury, di sini.
Program tersebut bertujuan mengeratkan hubungan dan kerjasama antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan rakan-rakan media tempatan dalam menyalurkan maklumat yang tepat serta telus kepada masyarakat.
Hadir sama, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha KDN, Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa serta Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, ACP Skandaguru Anandan.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)