
Artikel
POSTING PILIHAN: KPN HADIR MESYUARAT SPP KE-139
Putrajaya, 14 Julai 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hadir ke Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) ke-139 di Kompl...
Putrajaya, 14 Julai 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hadir ke Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) ke-139 di Kompleks Setia Perkasa, Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, pagi tadi.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut dihadiri Ketua Setiausaha KDN selaku Setiausaha SPP, Datuk Awang Alik Jeman dan Ahli-ahli SPP.
Inti pati yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah mengenai hal pentadbiran dan pengurusan berkaitan warga Polis Diraja Malaysia.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)