Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Kpn Hadir Mesyuarat Jkpwas Bilangan 1 Tahun 2025 Di Sabah

Diterbitkan: 14 Aug 2025 2.22 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Kinabalu, 14 Ogos 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing (JKPWAS-Induk) Bilangan 1 Tahun 2025 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Ketua Menteri, Menara Kinabalu, di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kpn-hadir-mesyuarat-jkpwas-bilangan-1-tahun-2025-di-sabah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:49 MYT
Kota Kinabalu, 14 Ogos 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing (JKPWAS-Induk) Bilangan 1 Tahun 2025 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Ketua Menteri, Menara Kinabalu, di sini, petang tadi.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Panglima Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Hj. Noor selaku Pengerusi Jawatankuasa.

Fokus utama perbincangan adalah mengenai strategi komprehensif dalam mengurus isu-isu berkaitan warga asing di Sabah. Ia merangkumi pelbagai aspek seperti keselamatan, penguatkuasaan, sosioekonomi dan kebajikan masyarakat setempat.

Selain itu, mesyuarat tersebut turut meneliti pelaksanaan pelan tindakan JKPWAS bagi tahun 2025 termasuk langkah kawalan sempadan yang lebih ketat, penguatkuasaan undang-undang imigresen serta pelaksanaan program kesedaran orang awam.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Alik Jeman, Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah, Dato' Seri Hj. Rosli Isa, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Hj. Safar Untong, Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Kamaruzaman Abdullah.

Sumber: Polis Sabah

ArtikelDiterbitkan 14 Aug 2025 2.22 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM