
Article
Posting Pilihan Kpn Hadir Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Ksu Kdn
Putrajaya, 21 Februari 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani telah menghadiri Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Jawatan Ket...
Putrajaya, 21 Februari 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani telah menghadiri Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Jawatan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN) di antara Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz dengan Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi di Kompleks KDN, semalam.
Datuk Hj. Ruji yang sebelum ini merupakan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri diumumkan bertukar sebagai KSU KDN baharu oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, pada 17 Februari lalu.
Menyaksikan penyerahan nota serah tugas tersebut ialah Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)