Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Kpn Hadir Majlis Penutupan Pemukiman Jenayah Siber Antara Agensi 2025

Diterbitkan: 27 Oct 2025 3.45 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.41 PM
Melaka, 25 Oktober 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah menghadiri Majlis Penutupan Pemukiman Jenayah Siber Antara Agensi 2025 (Inter-Agency Retreat On Cybercrimes 2025) yang diadakan di Hotel Casa Del Rio, Jalan Kota Laksamana, di sini petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kpn-hadir-majlis-penutupan-pemukiman-jenayah-siber-antara-agensi-2025
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:22 MYT


Melaka, 25 Oktober 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah menghadiri Majlis Penutupan Pemukiman Jenayah Siber Antara Agensi 2025 (Inter-Agency Retreat On Cybercrimes 2025) yang diadakan di Hotel Casa Del Rio, Jalan Kota Laksamana, di sini petang tadi.

Majlis penutupan berkenaan telah disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Fadzil dan turut dihadiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Mohamad Salim Faten Din.

Kehadiran Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid bukan sahaja mencerminkan komitmen tinggi Polis Diraja Malaysia, malah memperlihatkan keazaman berterusan dalam membanteras jenayah dalam talian, khususnya melibatkan kesalahan buli siber, penipuan, perjudian, eksploitasi seksual kanak-kanak serta penyalahgunaan kandungan digital.

Program yang turut menjadi platform penting bagi agensi-agensi terlibat untuk mengenal pasti cabaran semasa serta merangka pendekatan bersama dalam memperkukuh mekanisme penguatkuasaan, perkongsian maklumat dan tindakan strategik terhadap ancaman siber di peringkat nasional serta antarabangsa.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Rusdi Mohd Isa, Ketua Polis negeri, DCP Dato’ Dzulkhairi Mukhtar, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/ Perundangan) Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Fazley Ab Rahman dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar.

Sumber: Polis Melaka

Posting Pilihan Kpn Hadir Majlis Penutupan Pemukiman Jenayah Siber Antara Agensi 2025

Posting Pilihan Kpn Hadir Majlis Penutupan Pemukiman Jenayah Siber Antara Agensi 2025

Posting Pilihan Kpn Hadir Majlis Penutupan Pemukiman Jenayah Siber Antara Agensi 2025

Posting Pilihan Kpn Hadir Majlis Penutupan Pemukiman Jenayah Siber Antara Agensi 2025
ArtikelDiterbitkan 27 Oct 2025 3.45 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.41 PM