Artikel
Posting Pilihan Kpn Dan Timbalan Menghadap Agong Di Istana Negara
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador menyembah taklimat berkaitan hal ehwal keselamatan negara kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia...
Kuala Lumpur, 21 September 2020 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador menyembah taklimat berkaitan hal ehwal keselamatan negara kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Negara, petang tadi.
Turut bersama menghadap Yang di-Pertuan Agong adalah timbalannya, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.
Sumber: Istana Negara

