
Artikel
Posting Pilihan Kpn Dan Isteri Penuhi Undangan Majlis Hari Raya Pat
Sumber: Angkatan Tentera Malaysia
Kuala Lumpur, 21 April 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman memenuhi undangan ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri daripada Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad Ab Rahman dan isteri, Puan Sri Datin Seri Ramlah Dawi di Kediaman Rasmi PAT, Rumah Perkasa dekat sini, semalam.
Majlis yang disambut sederhana tetapi meriah itu turut dihadiri kepimpinan tertinggi kerajaan, barisan ketua agensi keselamatan dan penguatkuasaan negara, bekas-bekas PAT, tetamu kenamaan dari kedutaan dan penasihat pertahanan luar negara serta warga kerja Kementerian Pertahanan Malaysia.