Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Kpn Bersama Pengerusi Perkep Malaysia Hadir Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat Negeri Sabah

Published: 14 Aug 2025 11.40 AM Updated: 15 Aug 2026 6.50 PM
Kota Kinabalu, 14 Ogos 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia (PERKEP), Datin Sri Hjh. Munirah Che Rose hari ini menghadiri Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sabah yang berlangsung dekat Istana Kinabalu, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kpn-bersama-pengerusi-perkep-malaysia-hadir-majlis-istiadat-pengurniaan-darjah-kebesaran-bintang-dan-pingat-negeri-sabah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:33 MYT
Posting Pilihan Kpn Bersama Pengerusi Perkep Malaysia Hadir Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat Negeri Sabah
Home / Article / Posting Pilihan Kpn Bersama Pengerusi Perkep Malaysia Hadir Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat Negeri Sabah
Back to Library
Article

Posting Pilihan Kpn Bersama Pengerusi Perkep Malaysia Hadir Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat Negeri Sabah

Kota Kinabalu, 14 Ogos 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysi...
Kota Kinabalu, 14 Ogos 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia (PERKEP), Datin Sri Hjh. Munirah Che Rose hari ini menghadiri Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sabah yang berlangsung dekat Istana Kinabalu, di sini.

Istiadat penganugerahan itu telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Hj. Musa Hj. Aman.

Antara penerima kurniaan ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menerima Darjah Kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima. Manakala Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Kontinjen Sabah, SAC Datuk Abdul Fuad Abdul Malek, telah dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu yang membawa gelaran Datuk.

Turut berangkat ke istiadat tersebut, Toh Puan Datin Datin Seri Panglima Datuk Hjh. Faridah Hj. Tussin.

Hadir sama dalam istiadat tersebut ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim Hj. M. Yahya, Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun bersama isteri merangkap Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah, Datin Nurhayatie Farhana Abdullah, Menteri-menteri Persekutuan Sabah dan Negeri, dif-dif jemputan serta rakan media.

Sumber: Polis Sabah

ArticlePublished 14 Aug 2025 11.40 AMUpdated 15 Aug 2026 6.50 PM