
Article
Posting Pilihan Kpn Adakan Sesi Pertemuan Rasmi Bersama Pengarah Jpjkk
Kuala Lumpur, 10 Jun 2026 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail adakan sesi pertemuan rasmi bersama Pengarah Jabatan Pen...
Kuala Lumpur, 10 Jun 2026 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail adakan sesi pertemuan rasmi bersama Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Noor Hisam Nordin di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, hari ini.
Pertemuan itu bertujuan membincangkan hala tuju, perancangan dan usaha berterusan dalam memperkasakan agenda pencegahan jenayah serta keselamatan komuniti di seluruh negara.
Sesi tersebut diadakan susulan pelantikan beliau sebagai Pengarah JPJKK selepas selesai menyerahkan tugas sebagai Ketua Polis Perak pada 5 Jun lalu.
Sumber: Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti

