Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Kpn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Tyt Yang Di Pertua Negeri Sarawak

Published: 27 Aug 2025 9.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuching, 27 Ogos 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail pagi tadi mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Hj. Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kpn-adakan-kunjungan-hormat-ke-atas-tyt-yang-di-pertua-negeri-sarawak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:30 MYT
Kuching, 27 Ogos 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail pagi tadi mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Hj. Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak, di sini.

Pertemuan tersebut bersempena lawatan kerja rasmi Dato' Sri Hj. Mohd Khalid di kontinjen Sarawak selain membincangkan isu-isu keselamatan negeri dan peranan berterusan Polis Diraja Malaysia dalam memperkukuh kestabilan serta kesejahteraan masyarakat khususnya rakyat Sarawak.

Dalam pertemuan itu, TYT turut menekankan kepentingan menjaga kebajikan dan penghargaan kepada bekas anggota polis, khususnya mereka yang pernah berkhidmat menentang ancaman komunis pada masa lalu.

Turut serta dalam sesi kunjungan hormat tersebut ialah Pengarah Cawangan Khas, CP Datuk Ibrahim Darus, Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato Mancha Ata, Ketua Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Mohd Taufik Toh Abdullah dan Ketua Cawangan Khas Sarawak, SAC Mahbub Mustofa Norsalim.

Sumber: Polis Sarawak

May be an image of 5 people, dais, the Oval Office and text

May be an image of 3 people, dais, the Oval Office and text

May be an image of 7 people, the Oval Office, dais and text

May be an image of 6 people, dais and text


ArticlePublished 27 Aug 2025 9.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM