Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Kpn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Pm

Published: 01 Jul 2025 1.20 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 1 Julai 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kpn-adakan-kunjungan-hormat-ke-atas-pm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:34 MYT
Putrajaya, 1 Julai 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra, semalam.

Kunjungan tersebut merupakan pertemuan rasmi pertama sejak Dato' Sri Hj. Mohd Khalid menjawat jawatan KPN pada 20 Jun lalu.

Antara intipati pertemuan adalah membincangkan langkah-langkah memperkasakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) seiring perkembangan teknologi semasa termasuk penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam operasi kepolisan selain memperkukuh kesiapsiagaan pasukan mendepani cabaran keselamatan yang semakin kompleks.

Dato’ Seri Anwar turut menzahirkan harapan agar kepimpinan baharu PDRM dapat terus mengangkat Pasukan sebagai sebuah agensi penguatkuasaan yang profesional, berintegriti dan dipercayai masyarakat tanpa mengabaikan kebajikan pegawai, anggota dan pesara polis.

Sumber: Anwar Ibrahim

May be an image of 2 people, the Oval Office and text


ArticlePublished 01 Jul 2025 1.20 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM