
Artikel
Posting Pilihan Kpd Serdang Turut Serta Bantu Proses Pemindahan Mangsa Banjir
Serdang, 19 Disember 2021- Ketua Polis Daerah (KPD) Serdang, ACP A. A. Anbalagan bersama para pegawai dan anggotanya menghulurkan bantuan semasa proses peminda...
Serdang, 19 Disember 2021- Ketua Polis Daerah (KPD) Serdang, ACP A. A. Anbalagan bersama para pegawai dan anggotanya menghulurkan bantuan semasa proses pemindahan mangsa-mangsa banjir di Taman Kinrara 1 dan 2, Bandar Kinrara, Puchong, malam tadi.
Kesemua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Komuniti Bukit Kuchai, Puchong, Selangor.
Balai Polis Bergerak turut disediakan di subtek lokasi bagi memantau keselamatan masyarakat setempat.
Sumber: Polis Daerah Serdang