Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Kpd Kota Setar Tinjau Kawasan Terjejas Banjir

Published: 28 Oct 2025 1.33 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kota Setar, 27 Oktober 2025 – Ketua Polis Daerah (KPD) Kota Setar, ACP Siti Nor Salawati Saad turun padang meninjau keadaan kawasan di sekitar Langgar, Kepala Batas dan Anak Bukit yang terjejas akibat banjir, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kpd-kota-setar-tinjau-kawasan-terjejas-banjir
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:01 MYT


Kota Setar, 27 Oktober 2025 – Ketua Polis Daerah (KPD) Kota Setar, ACP Siti Nor Salawati Saad turun padang meninjau keadaan kawasan di sekitar Langgar, Kepala Batas dan Anak Bukit yang terjejas akibat banjir, semalam.

Lawatan tersebut bertujuan memastikan kehadiran dan tahap kesiapsiagaan anggota polis di kawasan terjejas, di samping mempertingkat hebahan kepada penduduk agar segera berpindah ke pusat pemindahan sementara bagi memastikan keselamatan terpelihara.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut beramah mesra dengan penduduk setempat, di samping menyampaikan pesanan agar kekal tabah menghadapi musibah banjir serta terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa demi keselamatan bersama.

Turut hadir, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Kota Setar, DSP Mohammad Fadli Minhat, Ketua Polis Balai (KPB) Kepala Batas, ASP Junaidy Md Saad, KPB Anak Bukit, Sarjan Mejar Baharin Abu Bakar dan KPB Langgar, Sarjan Mejar Ku Fauzi Ku Bakar.


Posting Pilihan Kpd Kota Setar Tinjau Kawasan Terjejas Banjir
ArticlePublished 28 Oct 2025 1.33 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM