Artikel
Posting Pilihan Kp Johor Prihatin Santuni Mangsa Banjir Di Pps Sk Penerok
Pontian, 20 Oktober 2025 - Ketua Polis (KP) Johor, CP Datuk Ab Rahaman Arsad menzahirkan keprihatinan terhadap mangsa banjir dengan menyantuni mereka yang dite...
Pontian, 20 Oktober 2025 - Ketua Polis (KP) Johor, CP Datuk Ab Rahaman Arsad menzahirkan keprihatinan terhadap mangsa banjir dengan menyantuni mereka yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Penerok, di sini.
Selain memastikan keselamatan awam terpelihara, beliau turut beramah mesra dengan petugas barisan hadapan sebagai tanda sokongan moral dan semangat kebersamaan.
Dalam lawatan itu juga, beliau telah meninjau beberapa lokasi sekitar yang terjejas akibat kenaikan paras air.
Sumber: Polis Johor
