Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Koperal Shahirul Shahzal Maut Dalam Kemalangan

Published: 14 Jul 2020 6.11 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kluang, 14 Julai 2020 - Seorang anggota polis maut selepas kereta dipandu terbabit kemalangan membabitkan lima kenderaan di di Kilometer 67.1 Leburaya Utara Selatan arah utara, dekat Kluang, malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-koperal-shahirul-shahzal-maut-dalam-kemalangan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:29 MYT

Kluang, 14 Julai 2020 - Seorang anggota polis maut selepas kereta dipandu terbabit kemalangan membabitkan lima kenderaan di di Kilometer 67.1 Leburaya Utara Selatan arah utara, dekat Kluang, malam tadi.

Dalam kejadian 8.30 malam itu, mangsa maut, Koperal Shahirul Shahzal Md Hussein, 53, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Tuan Mohd Abduh Ismail berkata, kemalangan membabitkan motosikal, lori dan tiga kereta.

Beliau berkata, semua kenderaan terbabit dari arah sama iaitu dari Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur.

Katanya, kejadian bermula selepas seorang lelaki terjatuh dari motosikalnya ketika cuba mengelak satu objek di atas jalan raya.

"Dia sempat bangun dan menolak motosikalnya ke tepi jalan. Bagaimanapun, kereta di belakang motosikal itu tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal lelaki berkenaan.

"Ia menyebabkan pemandu memberhentikan kereta itu secara mengejut. Pada masa sama, sebuah lori tidak jauh di belakang kereta berkenaan terpaksa memberhentikan lori dipandunya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, akibatnya, Koperal Shahirul Shahzal yang memandu kereta di belakang lori berkenaan tidak sempat memberhentikan kenderaan dan merempuh bahagian lori berkenaan.

"Kemalangan turut membabitkan sebuah lagi kereta di belakang kereta dipandu mangsa," katanya.

ACP Tuan Mohd Abduh berkata, mayat mangsa dihantar Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Koperal Shahirul Shahzal Md Hussein dan mendoakan agar rohnya dirahmati dan ditempatkan bersama-sama golongan orang beriman.

Sumber: Harian Metro dan Polis Johor

Image may contain: 1 person

ArticlePublished 14 Jul 2020 6.11 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM