
Article
Posting Pilihan Komander Psp Rasmi Majlis Penutup Kursus Induksi Di Unit 4 Psp
Kuala Lumpur, 22 Jun 2022 - Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), SAC Mohd Said Ibrahim hari ini merasmikan Majlis Penutup Kursus Induksi Siri 1/2022 di...
Kuala Lumpur, 22 Jun 2022 - Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), SAC Mohd Said Ibrahim hari ini merasmikan Majlis Penutup Kursus Induksi Siri 1/2022 di Unit 4, PSP Kuala Lumpur, di sini.
Kursus induksi yang julung-julung kalinya diadakan di PSP Kuala Lumpur ini melibatkan 255 pelatih Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Lelaki dan 23 pelatih PLAK Konstabel Wanita dari pusat latihan seluruh Malaysia.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada semua peserta mengenai penugasan PSP dan menguji ketahanan fizikal serta mental dalam menghadapi cabaran tugas masa kini.
Hadir sama, Timbalan Komander PSP, ACP Rosman Kasman dan Pegawai Pemerintah Unit 4, PSP Kuala Lumpur, Superintendan Mohd Fadhli Daud.
Sumber: PSP Unit 4 Kuala Lumpur