Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Komander Ppm Terima Kunjungan Hormat Daripada Wakil Polis Persekutuan Australia

Diterbitkan: 30 Jun 2020 12.11 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 30 Jun 2020 - Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Bukit Aman, SAC Tuan Haji Mohd Yusoff Mamat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada wakil Polis Persekutuan Australia, Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur, Detektif Superintendan Kate Ferry di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-komander-ppm-terima-kunjungan-hormat-daripada-wakil-polis-persekutuan-australia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:51 MYT

Kuala Lumpur, 30 Jun 2020 - Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Bukit Aman, SAC Tuan Haji Mohd Yusoff Mamat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada wakil Polis Persekutuan Australia, Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur, Detektif Superintendan Kate Ferry di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Kunjungan itu bagi membincangkan pelan latihan antara PPM dengan Polis Australia dalam menangani isu penyeludupan manusia.

Selain itu, ia bertujuan menekankan perkongsian maklumat di bawah Akta Imigresen serta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 bersama agensi penguatkuasaan serantau.

Tuan Haji Mohd Yusoff turut berkongsi strategi melalui pelaksanaan National Plan of Action (NPOA) dan Amalan Terbaik PPM bersama lain-lain agensi penguatkuasa di Malaysia dalam menangani jenayah rentas sempadan serta pemerdagangan manusia.

Komitmen dan ketegasan yang ditunjukkan oleh agensi-agensi penguatkuasaan di Malaysia telah mendapat perhatian pihak Polis Australia dan mereka turut berbangga dengan pencapaian Malaysia dalam menangani isu-isu jenayah di sempadan negara.

Turut hadir ialah Ejen Polis Persekutuan Australia, Daniel Burnicle dan para pegawai PPM.

Sumber: Pasukan Polis Marin

Image may contain: 1 person, sitting, living room, table and indoor
Image may contain: 2 people, people sitting, living room and indoor
Image may contain: 3 people, people sitting and indoor
Image may contain: 2 people, people sitting, living room and indoor
Image may contain: 2 people, people standing and indoor
Image may contain: 2 people, people sitting, living room and indoor
ArtikelDiterbitkan 30 Jun 2020 12.11 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM