
Artikel
Posting Pilihan Komander Esscom Bersara Selepas Hampir 40 Tahun Berkhidmat Dalam Pdrm
Lahad Datu, 8 Disember 2021 - Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), DCP Datuk Ahmad Fuad Othman yang akan menjalani persaraan wajib pa...
Lahad Datu, 8 Disember 2021 - Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), DCP Datuk Ahmad Fuad Othman yang akan menjalani persaraan wajib pada 11 Disember depan diraikan dalam Majlis Perbarisan Penghargaan sebagai menghargai khidmat bakti beliau hampir 40 tahun dalam Polis Diraja Malaysia.
Majlis Perbarisan Penghargaan Komander ESSCOM itu telah diadakan di Padang Kawad Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini, pagi tadi.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau pernah mengetuai pelbagai unit dalam Pasukan dan Operasi Daulat atau lebih dikenali sebagai Op Daulat untuk menumpaskan pengganas di Kampung Simunul, Sabah pada tahun 2013.
Turut hadir dalam majlis pagi tadi ialah Komander Markas Angkatan Tentera Tugas Bersama 2, Brigedier Jeneral Tuan Abdul Karim Ahmad, Panglima Markas 13 Briged, Brigedier Jeneral Suhaimi Hj. Shamsuddin, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana (Maritim) Dato’ Hj. Mohd Rosli Abdullah dan Komander Briged Sabah, SAC Tuan Abdul Rani Alias.
Sumber: Eastern Sabah Security Command