Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Ketua Sindiket Dadah Bergelar Datuk Antara Ditahan Dalam Op Gaurus Di Tiga Negeri Pengarah Jsjn

Published: 29 Jun 2026 12.47 AM Updated: 15 Aug 2026 6.57 PM
Kuala Lumpur, 26 Jun 2026 - Seorang ketua sindiket dadah bergelar 'Datuk' menjadi antara 291 individu yang ditahan dalam Op Gaurus yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di sekitar Perak, Lembah Klang dan Johor, minggu lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-ketua-sindiket-dadah-bergelar-datuk-antara-ditahan-dalam-op-gaurus-di-tiga-negeri-pengarah-jsjn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:02 MYT
 
Kuala Lumpur, 26 Jun 2026 - Seorang ketua sindiket dadah bergelar 'Datuk' menjadi antara 291 individu yang ditahan dalam Op Gaurus yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di sekitar Perak, Lembah Klang dan Johor, minggu lepas.

Pengarah JSJN, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, suspek berusia pertengahan 40-an itu dipercayai merupakan ketua kumpulan kongsi gelap yang aktif di negeri-negeri berkenaan.

Beliau berkata dalam operasi dijalankan pada 17 hingga 21 Jun itu, pihaknya merampas pelbagai jenis dadah antaranya Heroin, serbuk dan cecair MDMA, Ketamin, pil Ekstasi, pil Erimin 5 dan Ganja bernilai RM6.26 juta serta menahan sembilan ahli sindiket.

“Modus operandi sindiket pengedaran dadah yang diketuai 'Datuk' ini ialah membeli dadah secara pukal dan kemudian membungkus semula untuk dijual di pusat-pusat hiburan.

"Sindiket ini dipercayai aktif beroperasi di sekitar Perak, Lembah Klang dan Johor sejak pertengahan 2024 selain memiliki pelbagai peralatan dan bahan kimia prekursor yang digunakan untuk memproses dadah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut;


May be an image of dais and text that says 'SIDANG MEDIA CP DATO HUSSEIN OMAR KHAN PENGARAH JABATAN SIASATAM JENAYAH NARKOTIK POLIS DIRAJA MALAYSIA ISU IBU

May be an image of text

May be an image of text that says '26 SIDANG SIDANGMEDIA MEDIA BATO HUSSEIR T_ BMAR KHAN PENSARAN MBATAM SIASATA yH MARKET AЛA MALAYSIA PEЛиBaT OUSRONTI

May be an image of text

May be an image of text

ArticlePublished 29 Jun 2026 12.47 AMUpdated 15 Aug 2026 6.57 PM