Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Ketua Setiausaha Kdn Ziarahi Anggota Polis Cedera

Published: 24 Sep 2025 7.11 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ipoh, 14 September 2025 – Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman menziarahi Konstabel Aziq Zulfikri Abdul Rajak yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Permaisuri Bainun, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-ketua-setiausaha-kdn-ziarahi-anggota-polis-cedera
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:04 MYT
 
Ipoh, 14 September 2025 – Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman menziarahi Konstabel Aziq Zulfikri Abdul Rajak yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Permaisuri Bainun, semalam.

Anggota dari Balai Polis Simpang Pulai itu mengalami kecederaan dalam satu insiden tembakan semasa menjalankan tugas pada 7 September lalu.

Dalam lawatan sama, beliau turut menyantuni anggota Balai Polis Tanjung Rambutan, Lans Koperal Muhammad Dzulfaizi Dzulkaffl yang mengalami sakit saraf.

Datuk Awang Alik menzahirkan rasa simpati dan menyampaikan keprihatinan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terhadap kebajikan serta kesejahteraan anggota Polis Diraja Malaysia yang sentiasa menjadi keutamaan.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Ketua Polis Perak, DCP Mohammad Azlin Hj. Sadari dan Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Kepolisan Am), Superintenden Mohd Akmal Hizam Hj. Abdul Khupur.

ArticlePublished 24 Sep 2025 7.11 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM