
Artikel
Posting Pilihan Ketua Setiausaha Kdn Tinjau Pembinaan Bangunan Baharu Ipk Kelantan
Kota Bharu, 27 Ogos 2021 – Seusai melawat Balai Polis Kubang Kerian, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz se...
Kota Bharu, 27 Ogos 2021 – Seusai melawat Balai Polis Kubang Kerian, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz semalam meneruskan lawatan kerjanya dengan meninjau tapak pembinaan projek bangunan baharu Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini.
Beliau yang diiringi Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato' Seri Shahabudin Abd Manan kemudiannya diberi taklimat berkaitan pembangunan projek oleh Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan, Dato' Haji Zamri Ismail.
Turut hadir, Setiausaha Sulit Kanan Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Dato’ Perwira Raja, Dato’ Nik Mohd Shafriman Nik Hassan, Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Shafien Mamat, Setiausaha Bahagian Pembangunan KDN, Puan Zaiton Yahya dan Timbalan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (Fasiliti/Bekalan/Aset), SAC Tuan Azizi Ismail.