Artikel
Posting Pilihan Kes Penipuan Deepfake Akibatkan Kerugian Rm2 72 Juta
Kuala Lumpur, 28 Ogos 2024 - Jika sebelum ini taktik penipuan 'deepfake' sering dikaitkan dengan penghantaran mesej daripada orang yang kononnya dikenali, kini...
Kuala Lumpur, 28 Ogos 2024 - Jika sebelum ini taktik penipuan 'deepfake' sering dikaitkan dengan penghantaran mesej daripada orang yang kononnya dikenali, kini ianya semakin berevolusi.
Selepas taktik penghantaran mesej kini ianya menggunakan suara yang mirip kepada kenalan mangsa.
"Berdasarkan rekod, sejak Januari lalu, sejumlah 454 kes sebegini membabitkan kerugian mencecah RM2.72 juta telah disiasat.
"Lazimnya taktik penipuan yang digunakan adalah penghantaran mesej WhatsApp dengan menyamar sebagai kenalan mangsa yang mendakwa sedang ditimpa masalah dan ingin meminjam wang dari mangsa.
"Mangsa akan diminta untuk membuat pindahan wang ke akuan tertentu yang juga akaun keldai," katanya dalam sidang media di Menara KPJ, di sini, hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan,
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM dan Berita Harian