Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Kerjasama Pdrm Dengan Jksm Anjur Program Sulh Outreach

Published: 10 Jul 2024 3.33 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 10 Julai 2024 – Polis Diraja Malaysia telah bekerjasama dengan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) melalui Bahagian Pendaftaran Keurussetiaan dan Rekod menganjurkan Sulh Outreach Programme Tahun 2024 dengan tema "Sulh Al-Khair Pemangkin Masyarakat dan Keluarga Madani" bertempat di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kerjasama-pdrm-dengan-jksm-anjur-program-sulh-outreach
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:57 MYT
Kuala Lumpur, 10 Julai 2024 – Polis Diraja Malaysia telah bekerjasama dengan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) melalui Bahagian Pendaftaran Keurussetiaan dan Rekod menganjurkan Sulh Outreach Programme Tahun 2024 dengan tema "Sulh Al-Khair Pemangkin Masyarakat dan Keluarga Madani" bertempat di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, pagi tadi.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Hakim Syarie, Yang Amat Arif Dato' Hj. Mohd Amran Hj. Mat Zain mewakili Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato' Sri Azri Ahmad mewakili Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain.

Tujuan program diadakan adalah memberi pendedahan kepada warga PDRM mengenai Sulh yang dilaksanakan di Mahkamah Syariah di samping dapat menyebar luas penerangan yang diberikan bagi menarik minat lebih ramai peserta dalam kalangan lelaki dan wanita, NGO muslim dan komuniti setempat untuk menyertai program yang diadakan.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf, Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling) JIPS, DCP Azhan Abdul Halim dan delegasi JKSM.

ArticlePublished 10 Jul 2024 3.33 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM