Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

POSTING PILIHAN: KERJASAMA NARKOTIK MALAYSIA-THAILAND DIPERKUKUH MELALUI MESYUARAT BILATERAL KE-42 #29/11/2025

Diterbitkan: 01 Dec 2025 12.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Chiang Rai, 29 November 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Hussein Omar Khan menghadiri Mesyuarat Bilateral Malaysia-Thailand ke-42 mengenai Kerjasama Penguatkuasaan Undang-undang Narkotik yang berlangsung dari 25 hingga 28 November di Thailand.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kerjasama-narkotik-malaysia-thailand-diperkukuh-melalui-mesyuarat-bilateral-ke-42-29-11-2025-20251201
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:27 MYT
Chiang Rai, 29 November 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Hussein Omar Khan menghadiri Mesyuarat Bilateral Malaysia-Thailand ke-42 mengenai Kerjasama Penguatkuasaan Undang-undang Narkotik yang berlangsung dari 25 hingga 28 November di Thailand.

Mesyuarat tersebut memberi tumpuan kepada perkongsian situasi semasa berkaitan isu dadah, perbincangan kes-kes utama dan penyelarasan strategi bersama bagi memperkukuh usaha membanteras jenayah narkotik rentas sempadan.

Dalam sesi rasmi mesyuarat, Dato' Hussein turut menerima penganugerahan Lencana Kehormat Eagle 19 daripada Office of the Narcotics Control Board, Thailand. Pengiktirafan itu diberikan atas sumbangan besar beliau dalam mengukuhkan kerjasama antarabangsa serta komitmen tinggi dalam memerangi ancaman narkotik di rantau ini.

Penganugerahan tersebut sekali gus mencerminkan keyakinan dan penghargaan negara jiran terhadap peranan JSJN Polis Diraja Malaysia sebagai rakan strategik yang berintegriti, profesional dan berkeupayaan memperkukuh keselamatan serantau.

ArtikelDiterbitkan 01 Dec 2025 12.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM