Article
Posting Pilihan Kdn Cadang Hukuman Tutup Kilang Jika Majikan Didapati Masih Ambil Pati Selepas Program Rekalibrasi Tamat
Pandemik COVID-19 mendedahkan satu lagi masalah besar apabila warga asing yang meninggal dunia adalah tidak berdaftar dan sukar bagi kedutaan asing mengenal pa...
Pandemik COVID-19 mendedahkan satu lagi masalah besar apabila warga asing yang meninggal dunia adalah tidak berdaftar dan sukar bagi kedutaan asing mengenal pasti sama ada mangsa adalah warga mereka kerana tiada dokumen.
Majikan yang masih berdegil dan gagal mendaftarkan pekerja asing tanpa izin di bawah program Rekalibrasi Tenaga Kerja yang tamat akhir tahun ini, berhadapan tindakan perniagaan ditutup untuk tempoh tertentu.
Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin berkata, kerajaan sudah memberi masa mencukupi untuk majikan menggajikan pekerja asing secara sah dan tindakan tegas perlu diambil kerana ketidakpatuhan mereka terhadap prosedur operasi standard (SOP) menjadi punca kes COVID -19 sukar diturunkan.
Ikuti Temubual eksklusif wartawan Utusan Online, Fahmi Faiz bersama Dato' Seri Hamzah mengupas mengenai majikan yang masih berdegil dan gagal mendaftarkan pekerja asing tanpa izin di bawah program Rekalibrasi Tenaga Kerja menerusi pautan berikut,
https://www.facebook.com/100052221882081/posts/388395209577872/?d=n
https://www.facebook.com/100052221882081/posts/388395209577872/?d=n
Sumber: Hamzah Zainudin