
Artikel
POSTING PILIHAN: JSJN DAN CNB PERKUKUH KERJASAMA PERANGI JENAYAH DADAH RENTAS SEMPADAN
Kuala Lumpur, 8 Oktober 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan hari ini menerima kunjungan hormat daripada delega...
Kuala Lumpur, 8 Oktober 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Central Narcotics Bureau (CNB) Singapura yang diketuai oleh pengarahnya, Mr. Sebastian Tan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, sebentar tadi.
Pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama strategik antara JSJN dan CNB, khususnya dalam aspek perkongsian risikan, pelaksanaan operasi bersama dan penambahbaikan strategi memerangi jenayah dadah rentas sempadan, termasuk isu-isu perundangan antarabangsa.
Turut dihadir para pegawai kanan JSJN.