
Artikel
Posting Pilihan Jsj Terima Pengiktirafan Antarabangsa Atas Kejayaan Kerjasama Banteras Jenayah Rentas Sempadan
Singapura, 30 Julai 2026 – Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima pengiktirafan berprestij Minister for Home Affairs' National D...
Singapura, 30 Julai 2026 – Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima pengiktirafan berprestij Minister for Home Affairs' National Day Award (Team) sempena Home Team National Day Observance Ceremony 2026 di Home Team Academy, di sini semalam, sebagai penghargaan terhadap kejayaan kerjasama penguatkuasaan rentas sempadan membanteras kumpulan jenayah terancang yang mempunyai rangkaian di Malaysia dan Singapura.
Pengiktirafan tersebut diterima oleh Pengarah JSJ, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu bagi pihak JSJ, daripada Menteri Kedua Hal Ehwal Luar Negeri dan Menteri Kedua Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura, Miss Sim Ann.
Penganugerahan itu membuktikan keberkesanan kerjasama strategik antara JSJ PDRM dengan agensi-agensi di bawah Singapore Home Team, sekali gus mengiktiraf komitmen PDRM dalam memperkukuh kerjasama penguatkuasaan antarabangsa demi menjamin keselamatan dan keamanan serantau.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah