
Artikel
Posting Pilihan Jpjkk Pdrm Perkasa Hubungan Dua Hala Bersama Bhpetrol
Kuala Lumpur, 28 Februari 2026 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri menerima kunjun...
Kuala Lumpur, 28 Februari 2026 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri menerima kunjungan hormat daripada delegasi Syarikat Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir. Azizul Azily Ahmad di Pejabat Pengarah JPJKK, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, kelmarin.
Kunjungan tersebut bagi mengeratkan dan memperkasa hubungan dua hala serta kerjasama antara JPJKK dengan BHPetrol.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti) JPJKK Bukit Aman, DCP Dato’ Aida Abdul Hamid dan Ketua Penolong Pengarah (Kepolisan Komuniti) JPJKK Bukit Aman, SAC Rahimi Ra'ais.
Sumber: Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti