
Artikel
Posting Pilihan Jejak Perwira Lawatan Menyantuni Penerima Pingat Jasa Perkasa Persekutuan Dan Pingat Jasa Pahlawan Negara
Pasir Mas, 13 September 2021 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Zaini Jass menyantuni penerima Pingat Jasa Perkasa Persekutuan (J.P.P.) bagi kategori pesara polis...
Pasir Mas, 13 September 2021 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Zaini Jass menyantuni penerima Pingat Jasa Perkasa Persekutuan (J.P.P.) bagi kategori pesara polis yang masih hidup melalui Program Jejak Perwira bersempena Hari Pahlawan 2021 di sini, hari ini.
Dalam kunjungan tersebut, Dato' Zaini juga telah menyampaikan Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) dan sumbangan tanda penghargaan kepada pesara ASP Aziz Daud di kediaman beliau.
Turut mengiringi Dato' Zaini ialah Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Shafien Mamat, Timbalan Ketua Polis Kelantan, DCP Dato' Muhamad Zaki Harun, Penolong Pengarah Pengurusan, ACP Tuan Nor Azman Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Tuan Mohd Nasaruddin M. Nasir dan para pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.
Sumber: Polis Kontinjen Kelantan