
Posting Pilihan Hukuman Terhadap Kesalahan Memandu Di Bawah Pengaruh Alkohol Dadah Dan Berbahaya
Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa tragedi kes pemandu mabuk sehingga menyebabkan kematian terhadap pengguna jalan raya lain yang tidak bersalah.
Pada masa ini, pesalah jalan raya yang memandu secara berbahaya dan di bawah pengaruh alkohol dikenakan hukuman mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987 yang memperuntukkan penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.
Kesedaran sivik dalam kalangan pemandu amat penting. Nyawa kita tidak boleh ditukar ganti. Jangan biarkan diri dibelenggu rasa bersalah seumur hidup!
Sumber Infografik: Jabatan Keselamatan Jalan Raya