Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Hebahan Polis Kl Tawar 50 Peratus Diskaun Saman Bermula Esok Hingga Sabtu

Diterbitkan: 04 Nov 2024 2.36 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 4 November 2024 - Polis Kuala Lumpur menawarkan diskaun saman sebanyak 50 peratus kepada pesalah trafik bermula esok hingga Sabtu ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-hebahan-polis-kl-tawar-50-peratus-diskaun-saman-bermula-esok-hingga-sabtu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:53 MYT
Kuala Lumpur, 4 November 2024 - Polis Kuala Lumpur menawarkan diskaun saman sebanyak 50 peratus kepada pesalah trafik bermula esok hingga Sabtu ini.

Ketua Jabatan siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata kaunter akan dibuka di Balai Polis Tun H S Lee dan orang ramai boleh mengambil peluang membuat semakan serta pembayaran saman secara bebas tunai.

Mohd Zamzuri berkata tawaran diskaun berkenaan tidak termasuk bagi kes saman kemalangan, saman bicara mahkamah, kategori tidak boleh kompaun, memotong secara berbahaya, kesalahan menggunakan lorong kecemasan dan langgar lampur isyarat.

"Kesalahan berkaitan kenderaan berat, pengubahsuaian ekzos, saman berstatus Op Selamat dan kesalahan memotong di garisan berkembar turut tidak termasuk dalam tawaran tersebut,' katanya ketika dihubungi hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2359343

Sumber: JSPT KL dan Bernama

May be an image of 1 person and text that says 'KAUNTER SEMAKAN DAN BAYARAN SAMAN TRAFIK (PDRM) SEHINGGA 50% DAN KEMPEN PEMBAYARAN SAMAN SECARA CASHLESS DI
ArtikelDiterbitkan 04 Nov 2024 2.36 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM