Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Pdrm Disambut Meriah

Diterbitkan: 14 Oct 2023 2.15 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuantan, 14 Oktober 2023 - Sambutan Hari Sukan Negara peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2023 dan Program PDRM Pahang Fun Run & Ride 2.0 disambut meriah di Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1, Pahang, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-hari-sukan-negara-2023-peringkat-pdrm-disambut-meriah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:48 MYT
Kuantan, 14 Oktober 2023 - Sambutan Hari Sukan Negara peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2023 dan Program PDRM Pahang Fun Run & Ride 2.0 disambut meriah di Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1, Pahang, di sini, pagi tadi.

Program anjuran bersama Kerajaan Negeri Pahang tersebut telah disempurnakan oleh Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan Dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Tuan Fadzli Mohamad Kamal turut diiringi oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf yang hadir mewakili Ketua Polis Negara.

Polis kontinjen Pahang telah diberikan kepercayaan selaku tuan rumah bagi sambutan pada tahun ini dan diadakan secara serentak di seluruh kontinjen PDRM.

Dalam sambutan kali ini, pelbagai acara telah diadakan antaranya adalah kayuhan basikal 50 kilometer (km) dan 10 km, larian 10 km dan 5 km, senamrobik dan pameran daripada jabatan-jabatan dalam PDRM.

Turut diadakan acara “Walk Pink October” sempena “The Breast Cancer Awareness Month” bagi menyemarakkan lagi semangat kesukanan di samping memberi kesedaran tentang kanser payudara dalam kalangan warga PDRM.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Sri Aidi Ismail, Ketua Polis Pahang, CP Dato' Sri Yahaya Othman, barisan pegawai kanan PDRM dan warga kerja Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang serta masyarakat setempat.

Sumber: Polis Pahang
ArtikelDiterbitkan 14 Oct 2023 2.15 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM